Sunday, 19 May 2013
...
kenapa boleh jadi tak kuat ni?
kenapa cengeng sangat ni?
kenapa?
Allah
Farfirghli
Farfirghli
Farfirghli
copypaste
"Macamana nak bgtahu seseorang,yang kita sayang pada dia?"
Dia menghampiri. Ketika ini ikhwah lain sedang asyik menikmati permandangan malam.
"Akhi,
semua orang ditarbiyah jiwanya sarat dengan cinta. Semua sudah maklum yang kita ini saling mencintai.
Insan yang penuh cinta dapat dirasa dari kata katanya,senyumnya,pandangan matanya,tulisannya,dan terkadang,dalam diamnya juga."
Dalam berukhwah,seringkali kita mencipta detik detik mengharukan, walaupun kita ini bukan siapa siapa.
:'(
Monday, 13 May 2013
T______T
der
baru exam oral dunia ni
dah tergugah?
der
exam oral akhirat?
menangis sudahhhh
*xkisah sapa yang baca, doakan saya tolong*
Sunday, 12 May 2013
rahsia insan
setiap amal bukan untuk di pamer
setiap resah bukan untuk di adu
setiap keluh bukan untuk dicanang
bukan bukan pada manusia
tapi hanya pada Dia
aku mudah lelah dengan kerenah manusia
tapi bila di fikirkan betapa Dia bersabar dengan kerenah ku
aku kembali senyum
ya manusia memangnya sukar sekali untuk bersyukur.
Saturday, 4 May 2013
perlu tahu
untuk kamu
kamu perlu tahu
jalan ini bukan menuntutmu untuk menjadi hebat
tapi kamu perlu menjadi yang paling ikhlas
kamu perlu tahu
jalan ini bukan hanya untuk menerima
tapi lebih untuk memberi
kamu perlu tahu
jalan ini menuntut segalanya
segalanya bermakna segalanya
kamu perlu tahu
bukan semua yang kamu impi
paling baik disisiNya
kamu perlu tahu
mencintai itu bererti memberi
kamu perlu tahu
setiap pengharapan hanya pada Khaliq
bukan makhluk, bukan
dan kamu perlu tahu
Allah sentiasa ada bersamamu
Wednesday, 1 May 2013
worry
tak tahu apa yang diusahakan ini kerana apa
aku masih bertarung dengan diri sendiri
cemburu? pasti
ada sesuatu dalam hati
namun masih gagal untuk menafsir sendiri
Allahu Allah
... ada orang mencintaimu,namun ia simpan dalam-dalam, lantaran takut tenggelam.
Tuesday, 30 April 2013
banyak
banyak masanya air jernih ini tak perlu di bazir untuk bukan keranaNya
banyak masa air jernih ini lebih perlu untuk padamkan amarah neraka
banyak masa kata-katamu perlu didiamkan
banyak masa rasa hatimu perlu dibuang
jauh jauh
biar tidak kelihatan
biar tidak kedengaran
bukan kerana manusia
tapi kerana Dia
wahai hati
besarlah lagi
aku mohon,
banyak yang masih perlu diisi
untuk bekalan nanti
wahai hati
usah berduka lagi
aku mohon,
harus dan perlu kuat
ingat cita-cita yang hakiki :)
Wednesday, 27 March 2013
...
aku rindu redup pandang itu
redup pandang yang penuh rindu
aku rindu oles wajah itu
wajah yang mengingatkan aku pada Dia
tsabatkan kami hingga ke syurga Mu ya Rabb
Thursday, 21 March 2013
mengerti
hujan diluar
hari ini, cuaca seakan mengerti dengan apa yang ada di hati
ingat Ilah mu wahai hamba
Wednesday, 13 March 2013
celaru
masa sepertinya sepantas kilat
lelah untuk aku ikut
terusan tercungap
aku sepertinya mahu menahan masa itu
mahu dinikmati sepenuh hati
sungguh aku lelah
lukisan-lukisan masa depan semacam kabur
mohon cahaya Allah penerang pandangan
aku sepertinya tidak sabar menanti masa itu musnah
untuk aku terus berada tanpa masa
dan tanpa lelah
dan bersama mereka-mereka yang penuh dicintai
celaru
Saturday, 23 February 2013
dalam - dalam
"Ada orang mencintai langit, lantas dia mahu jadi penerbang,
Ada orang mencintai laut, lantas dia mahu jadi penyelam,
Ada orang mencintaimu, namun ia simpan dalam-dalam,
Lantaran takut tenggelam."
Sunday, 6 January 2013
langit itu
aku lepaskan segalanya ke langit
aku hamparkan segala benak ke sana
tiada daya yang upaya melainkan Dia
Allah, nian sugguh rasa ingin berjumpa
Subscribe to:
Posts (Atom)